Permohonan bantuan bagi individu OKU bagi keperluan perkhidmatan terapi, ubat-ubatan, makanan tambahan, peralatan khas, yuran persekolahan dan fasiliti tandas kediaman.
Pemohon perlu membaca dengan teliti mengenai syarat dan dokumen yang diperlukan sebelum meneruskan permohonan.
Pastikan pemohon memenuhi syarat berikut sebelum meneruskan permohonan.
1Pemohon ialah warganegara Malaysia.
Pemohon ialah pengundi Selangor.
Penerima manfaat berumur 60 tahun ke bawah.
Penerima manfaat mempunyai kad OKU berdaftar dengan JKM.
Jika bawah 18 tahun, permohonan perlu dibuat oleh ibu, bapa atau penjaga.
Penjaga mestilah sah dan berdaftar jika melibatkan anak angkat.
Pastikan semua dokumen telah disediakan dalam bentuk softcopy seperti PDF atau gambar.
Permohonan bagi penerima manfaat bawah 18 tahun perlu dibuat oleh ibu, bapa atau penjaga yang sah.
Sediakan dokumen tambahan berikut berdasarkan kategori bantuan yang dipohon.
Sila pastikan anda telah membaca dan memahami semua syarat kelayakan, dokumen wajib serta dokumen sokongan mengikut kategori bantuan sebelum meneruskan permohonan.